Kami Tahu Kamal Adli Yang Dulu Bukannlah Yang Sekarang, Dulu Disayang, Sekarang Disailang
#KUALA LUMPUR: Pelakon Zizan Razak akan mencari jalan terbaik sekiranya ditawarkan untuk bergandingan dengan Kamal Adli pada masa akan datang........
------------------------
#Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 31, berkata, ia bagi memastikan kedua-dua belah pihak berasa selesa selain tidak mendatangkan masalah kepada pihak produksi........
*********************
*********************
#"Saya boleh berlakon bersama dia tetapi mungkin saya akan pilih jalan terbaik dan sesuai dengan keadaan serta keselesaan kedua-dua belah pihak........
#"Ini bagi memastikan tidak menimbulkan masalah kepada pihak produksi," katanya ketika ditemui majlis pelancaran filem Abang Long Fadil 2 di Restoran Haslam di sini, pada Jumaat lalu........
#Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada dia boleh bekerjasama dengan pelakon Kamal Adli pada masa akan datang........
#Terdahulu, Kamal Adli dilaporkan telah digugurkan daripada filem tersebut bagi mengelakkan sebarang konflik ketika penggambaran berlangsung........
#Dalam pada itu, Zizan berkata, dia enggan mengulas tentang keputusan tersebut dan menyerahkan isu tersebut kepada pihak produksi kerana yakin mereka mempunyai sebab tersendiri........
#Sementara itu, pengarah Abang Long Fadil 2, Syafiq Yusof, 22, pula menafikan nama Kamal digugurkan sebaliknya pihak penerbit iaitu Skop Productions hanya mengekalkan nama Zizan sahaja untuk sekuel naskah tersebut........
#"Saya jelaskan apa yang berlaku bukan kami gugurkan Kamal tetapi kami hanya kekalkan Zizan seorang sahaja dalam filem itu........
#
"Manakala pelakon-pelakon lain kesemuanya adalah pelakon baharu atau yang tidak pernah ada dalam filem pertama sebelum ini," ujarnya........
#Filem itu turut dibintangi oleh Datuk AC Mizal, Wak Doyok, A........ Galak, Tania Hudson dan Syamsul Yusof........
#Abang Long Fadil 2 yang turut diterbitkan bersama Astro Show itu bakal memulakan penggambaran pada Ahad (hari ini) di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya........


0 comments:
Post a Comment